Home /

Tentang kami

Lokasi kat mana?

Itula biasanya soalan yang pertama orang akan tanya. Kami beroperasi di cyberjaya dan selayang selangor. Kalau nak jumpa nak tengok album boleh set appoinment. Tapi, kami sebenarnya travel 1 Malaysia untuk shoot gamba kahwin anda. Of course la, kalau jauh sikit tu, perlu add sedikit mileage n penginapan buat kami. Just hotel2 yang murah pun ok dah. Ok tak?

Hari Ni Majlis, Esok Terus Dapat Gambar!

Itulah apa yang kami berikan khas buat pengantin-pengantin supaya mereka dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan dan mengabadikan hari bersejarah mereka supaya sentiasa diingati sampai bila-bila
Sering kita lihat pengantin upload gambar majlis mereka dengan gambar yang diambil menggunakan phone. Sama ada phone adik beradik, kawan2, mak cik Timah.. Jarang sekali kita lihat mereka upload gambar dari photographer mereka.
Anda mesti nak tukar profile pic facebook ataupun wassap anda dengan gambar yang cantik kan? Kami akan send selected and edited pic ke wassap anda sehari selepas majlis berlangsung!

Album Kahwin siap dalam masa hanya 2-3 minggu sahaja

Kebiasaannya, masa yang diambil untuk siapkan album kahwin adalah 2 – 3 bulan. Kami dapati ianya adalah terlalu lama buat pengantin kerana pada masa itu, ke’excited’ tan untuk melihat album kahwin dah mula kurang atau pudar. Selain itu, duit yang diperuntukan untuk fotografi kahwin sudah digunakan untuk belanja lain.. terpaksa la tangguh dulu.. dah kene tunggu lagi..
Bila anda dapat ambil album kahwin dengan cepat, anda akan rasa seronok dan keseronokkan itu dikongsi dengan pasangan anda, keluarga anda dan kawan2.. kerana aura ‘pengantin baru’ itu masih hangat..

Harga yang mampu milik

Kami memahami keinginan anda untuk mengadakan majlis yang sempurna dihari bersejarah anda. Dan harga yang perlu dibayar bukanlah murah, nak bayar katering, mak andam, pelamin, khemah, goodies, dan juga fotografer. Mengambil kira itu semua, kami telah menyediakan pakej yang mampu dimiliki oleh semua bakal pengantin untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi yang terbaik. Harga yang anda bayar dengan apa yang akan anda dapat sangat berbaloi.
Cara pembayaran juga adalah berperingkat untuk memudahkan anda membuat budget setiap perbelanjaan nanti.

kualiti gambar yg terbaik tidak kira situasi

Kami amat mementingkan gambar yang cantik. Photographer kami telah dilatih untuk menghasilkan gambar yang cantik tidak kira dalam situasi apapun. Jadi, anda tidak perlu risau jika majlis anda diadakan dirumah kampung, ataupun majlis yang simple, kerana kami akan mencari ‘angle-angle’ yang menarik untuk jadikan suasana majlis anda menarik didalam gambar nanti.

Mengabadikan ‘moment-moment’ penting

Moment dihari perkahwinan anda hanya ada sekali, jikalau tidak diabadikan didalam gambar, ia akan hilang begitu sahaja. Moment-moment penting seperti masa si suami lafaz akad nikah, si isteri sebak dan air mata mengalir, ibu juga berlinangan air mata… jiran2 yang sibuk siapkan persiapan kahwin, waktu anda bersolek dan tengah bersiap, brides maid yang cantik seragam, waktu anda berarak ke meja pelamin, bersanding, saling menyuap semasa makan beradab, potong kek, karaoke, bergambar bersama rakan2 …. dan pelbagai lagi moment yang menarik yang kami akan abadikan didalam gambar sebagai kenangan anda suami isteri nanti.

Tempat Outdoor

Menjadi satu acara wajib setiap kali berakhirnya majlis berlangsung, kami akan mengajak klien untuk bergambar di luar kawasan majlis. Kebiasaannya di taman-taman, bangunan yang menarik ukiran dan designnya atau dimana saja yang dirasakan sesuai. Bergantung pada pakaian pengantin juga, klau pakaian kaler hijau, tak sesuai la untuk bergambar dalam taman atau hutan, mungkin lebih sesuai di kawasan bangunan. Namun, ada juga keadaan bila hujan lebat ataupun pengantin terlalu penat, kami lakukan sessi ‘outdoor’ di kawasan dewan saja ataupun belakang rumah, tapi masih dapatkan gambar cantik. Anda boleh berbincang dengan fotografer kami tempat yang sesuai untuk lakukan outdoor.

Gambar Detail

Kebiasaannya, sewaktu pengantin sedang bersiap untuk majlis, kami akan meminta cincin, gelang, kasut, bunga, hantaran dan juga baju pengantin untuk kami ambil gambar. Jangan pula terkejut kenapa kami minta ye… Dengan hanya gambar cincin dan keadaan yang terhad, tiada props, tiada studio, anda mungkin tidak menyangka dengan hasil gambarnya.

Group Photo

Kawan-kawan atau saudara mara tentu pakai sedondon dan cantik-cantik dihari persandingan anda. Mereka tentu ingin nampak bergaya didalam gambar kan… Haa… Kami memang pakar bab ambik gambar ramai2 ni.. sure mesti cantik punya.. lihatlah hasilnya…

Posing

Anda tak perlu risau kalau anda tak biasa bergambar dan ber’posing2′ ni.. kerana photographer kami tahu untuk menggayakan anda. Apa yang penting adalah anda jadi diri sendiri dan sentiasa ceria.. ok..

Atau hubungi kami, klik button di bawah: